Harimau Asia

Konvensyen Alumni Malaysia Future Leader School (MFLS)

Konvensyen MFLS adalah yang julung-julung kalinya diadakan, menghimpunkan seramai 1,600 orang Alumni MFLS .Disamping itu, Akademi harimau Asia juga turut terlibat dengan mempamerkan aktiviti tahunan yang telah diadakan. 

Akademi Harimau Asia juga mengambil kesempatan untuk merekrut belia- belia yang terlibat dengan program MFLS bagi membolehkan anak muda diberi panduan sebaiknya dalam  menyumbang kepada pembangunan negara.

Di pameran tersebut, Akademi Harimau Asia memberikan peluang untuk anak-anak muda menjadi sukarelewan, dan  memulakan kerjaya baru seperti menjadi pelatih untuk syarikat swasta. Sesi penerangan juga diadakan bagi guru dan tenaga pengajar yang hadir di program tersebut untuk memberi perspektif baru tentang peluang pekerjaan belia dan Pendidikan ekonomi.

Pameran Akademi Harimau Asia
Pameran ini Berjaya menarik perhatian pelajar sekolah menengah dimana mereka berminat untuk menjadi sukarelawan dan menghadiri program yang bakal dianjurkan.
Guru-guru, ibubapa dan tenaga pengajar juga tidak ketinggalan untuk mencari peluang bagi pelajar dan anak mereka .
Exit mobile version