Konvensyen Alumni Malaysia Future Leader School (MFLS)
Konvensyen MFLS adalah yang julung-julung kalinya diadakan, menghimpunkan seramai 1,600 orang Alumni MFLS .Disamping itu, Akademi harimau Asia juga turut terlibat dengan mempamerkan aktiviti tahunan yang telah diadakan.
Akademi Harimau Asia juga mengambil kesempatan untuk merekrut belia- belia yang terlibat dengan program MFLS bagi membolehkan anak muda diberi panduan sebaiknya dalam menyumbang kepada pembangunan negara.
Di pameran tersebut, Akademi Harimau Asia memberikan peluang untuk anak-anak muda menjadi sukarelewan, dan memulakan kerjaya baru seperti menjadi pelatih untuk syarikat swasta. Sesi penerangan juga diadakan bagi guru dan tenaga pengajar yang hadir di program tersebut untuk memberi perspektif baru tentang peluang pekerjaan belia dan Pendidikan ekonomi.