
Forum Bicara Kemerdekaan Kedua :

Pada 24 Ogos 2019, telah berlangsungnya Program Bicara Kemerdekaan Kedua anjuran Akademi Harimau Asia bertempat di Akademi Kenegaraan (BTN), Bukit Petaling, Kuala Lumpur.
Forum dibahagikan kepada dua sesi iaitu,
Forum Kemerdekaan Kedua (sesi pagi) :
Memperkasakan Industri Berteknologi Strategik Nadi Harimau Asia
Datuk Mohd Zarif Hashim,
Penasihat Akademi Harimau Asia,
Ketua Pegawai Eksekutif SapuraSecured Technologies
Izmir Yamin,
Ketua Pegawai Eksekutif, Independence-X- Aerospace
Datuk Dr. Hafsah Hashim,
Ketua Pegawai Eksekutif, Independence-X- Aerospace

Ketua Pegawai Eksekutif Sapura Secured Technologies, Datuk Zarif Hashim, menyatakan bahawa kerajaan perlu memulakan usaha mewujudkan dasar baharu yang dapat mempersiapkan syarikat atau industri tempatan untuk tempoh 10 tahun akan datang.
Dulu Malaysia merupakan negara yang relevan sebab kita berikan sesuatu, sekarang dalam dunia globalisasi dan kuasa besar menguasai perdagangan antara satu sama lain, maka apakah peranan Malaysia? Beliau menekankan bahawa Malaysia perlu kaji apa kekuatan yang ada dan apa yang boleh dibangunkan untuk menjadikan kita negara bertaraf dunia.
Untuk mengadaptasi dasar negara maju, kerajaan perlu memastikan dasar yang bakal diwujudkan itu memenuhi dan bersesuaian dengan tahap kemampuan pemain industri ketika ini. Sementara itu, Dr. Hafsah mencadangkan supaya meletakkan syarat sekurang-kurangnya 30 peratus perolehan kerajaan mesti dalam kalangan syarikat tempatan.
Ketua Pegawai Eksekutif Independence-X Aerospace, Izmir Yamin pula berkongsi pengalaman mengenai penyelidikan serta pembinaan roket dalam industri angkasaraya untuk memajukan teknologi tempatan selaras dengan wawasan Malaysia sebagai negara Harimau Asia.
Forum Kemerdekaan Kedua (sesi petang) :
Memperkasakan Industri Berteknologi Strategik Nadi Harimau Asia
Tuan Hj Azmi Abdul Hamid,
Pengerusi Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
Eddin Khoo,
Pengasas Pusaka
Ahmad Yazid Othman,
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu (MTEM)

Forum bagi sesi petang pula, menekankan tentang kebudayaan serta identiti dimana sesiapa pun yang bertapak di negara ini adalah menjadi anak bumi ini. Perbincangan tentang soalan kritikal sebenarnya tertumpu kepada isu pergelutan identiti yang semakin keras dan kaku.
Sesi ini memberi penerangan tentang pelbagai isu budaya, daripada jawi, sekolah vernakular, status bahasa Melayu, pengiktirafan UEC dan sebagainya dimana kebanyakan daripada masalah pokok yang dihadapi adalah masalah luhur. Secara keseluruhannya, tidak semua orang mempunyai pegangan budaya dan sejarah untuk benar-benar menangani setiap dimensi masalah yang dihadapi pada masa kini.
Program ini banyak membincangkan isu-isu yang menyeru ke arah kesatupaduan sempena bulan kemerdekaan menerusi wacana ilmiah tentang cabaran ekonomi dan geopolitik luar yang mengancam kedaulatan negara.
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyatakan sejarah sudah membuktikan bahawa semua kaum dan golongan ada sumbangan tertentu masing-masing kepada negara ini. Dimana kerajaan tidak akan berkompromi dengan kumpulan yang cuba mencetuskan ketidakharmonian di dalam negara dengan menimbulkan isu-isu perkauman, keagamaan dan institusi beraja (3R).
Menteri Dalam Negeri juga menyatakan berdasar taklimat yang telah diberikan oleh pihak polis kepada beliau dan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, jumlah insiden yang tercetus akibat isu-isu 3R meningkat sebanyak dua kali ganda berbanding tahun lepas. Beliau mengatakan berdasarkan situasi sekarang ini, rakyat hendaklah faham bahawa suhu berkaitan sentimen kaum dan agama sedang meningkat, perlu diturunkan secepat mungkin kerana itu lebih baik untuk negara.

Dalam perkembangan lain, Syed Saddiq berkata, beliau akan berusaha untuk membenarkan perkhidmatan e-panggilan motosikal Dego Ride diteruskan di Malaysia seperti perkhidmatan sama, Gojek, yang bakal dibenarkan di negara ini oleh Kementerian Pengangkutan..
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata jika dilihat pelaksanaan perkhidmatan motosikal itu di Indonesia dan Thailand, ia dilihat memberi manfaat meluas terhadap pelbagai lapisan masyarakat di situ. Beliau percaya antara pihak yang bakal mendapat kesan positif susulan pelaksanaan perkhidmatan GoJek di negara ini adalah seperti peniaga ‘warung tepi jalan’.Katanya, ini kerana keutamaan kementerian beliau adalah untuk membantu industri tempatan berkembang
Program ini dirasmikan oleh YB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Dalam Negeri dan seterusnya diakhiri dengan acara penyerahan deklarasi dan resolusi kepada Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.