
PERKEMBANGAN PROGRAM MOTIVASI DI BAWAH KELOLAAN PERSATUAN HARIMAU ASIA
KELAS TAMBAHAN PERCUMA PT3 – MATEMATIK DAN SAINS
TINGKATAN 1 DAN 2 (12 OGOS – 15 OGOS 2021)



Gambar menunjukan program dilaksanakan atas talian melalui Goggle Meet oleh pegawai Akademi Harimau Asia En. Marques Jeevon Menon sedang memberi penerangan berkaitan pembelajaran serta strategi menjawab soalan peperiksaan untuk persediaan pelajar dari Tingkatan 1 dan 2.
Bagi minggu ini, kelas dihadiri seramai 29 pelajar bagi mata pelajaran Matematik dan Sains menggunakan platform Cemerlang.co dan masih dilaksanakan secara atas talian di mana sebarang aktiviti fizikal yang melibatkan perhimpunan masih tidak dibenarkan semasa Perintah Pergerakan Kawalan Malaysia (PKP) 3.0.
Mata pelajaran Matematik dan Sains diadakan selama sejam (1 jam) setiap sesi bagi kedua Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris yang merangkumi sesi ulang kaji dan latih tubi intensif untuk melihat aras tahap pemahaman pelajar dari segi topik serta melatih pelajar menjawab soalan peperiksaan.





