PERKEMBANGAN PROGRAM MOTIVASI DI BAWAH KELOLAAN PERSATUAN HARIMAU ASIA
KELAS TAMBAHAN PERCUMA PT3 – MATEMATIK DAN SAINS
TINGKATAN 1 DAN 2 (17 -18 JULAI 2021)
ATAS TALIAN ONLINE
Sasaran bagi program ini adalah seramai 100 orang dan dihadkan sebanyak 50 orang bagi setiap sesi mata pelajaran Matematik dan Sains merangkumi kedua Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Sesi pada minggu ini dilaksanakan secara atas talian Google Meet menggunakan aplikasi cemerlang.co dan dihadiri oleh 31 pelajar sekolah menengah dari tingkatan 1 dan 2. Proses pengajaran oleh En. Marques Jeevon Menon melibatkan sesi soal jawab, mengulang kaji, strategi menjawab soalan peperiksaan dan sesi latih tubi bersama pelajar. Perintah Pergerakan Kawalan Malaysia (PKP) 3.0 masih lagi berkuat kuasa di mana sebarang aktiviti melibatkan perhimpunan fizikal masih tidak dibenarkan bagi membendung penyebaran COVID-19.
KELAS TAMBAHAN PERCUMA PT3 – MATEMATIK DAN SAINS
TINGKATAN 1 DAN 2 (23-24 JULAI 2021)
ATAS TALIAN ONLINE GOOGLE MEET


Mata pelajaran Matematik dan Sains diadakan selama sejam (1 jam) setiap sesi bagi kedua Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris yang merangkumi sesi ulang kaji dan latih tubi intensif untuk melihat aras tahap pemahaman pelajar dari segi topik serta melatih pelajar menjawab soalan peperiksaan.
Bagi sesi ini, kelas dihadiri seramai 21 pelajar bagi mata pelajaran Matematik dan Sains menggunakan platform Cemerlang.co dan masih dilaksanakan secara atas talian di mana sebarang aktiviti fizikal yang melibatkan perhimpunan masih tidak dibenarkan semasa Perintah Pergerakan Kawalan Malaysia (PKP) 3.0.
KELAS TAMBAHAN PERCUMA PT3 – MATEMATIK DAN SAINS
TINGKATAN 1 DAN 2 (29 JULAI – 1 OGOS 2021)
ATAS TALIAN ONLINE GOOGLE MEET

































