
PERKEMBANGAN PROGRAM MOTIVASI DI BAWAH KELOLAAN PERSATUAN HARIMAU ASIA
KELAS TAMBAHAN PERCUMA PT3 – MATEMATIK DAN SAINS
TINGKATAN 1 DAN 2 (19 OGOS – 23 OGOS 2021)

Bagi minggu ini, jumlah keseluruhan kelas dihadiri seramai 27 pelajar dari tingkatan 1 dan 2 bagi kedua mata pelajaran Matematik dan Sains. Kelas menggunakan platform Cemerlang.co dan masih dilaksanakan secara atas talian di mana sebarang aktiviti fizikal yang melibatkan perhimpunan masih tidak dibenarkan semasa Perintah Pergerakan Kawalan Malaysia (PKP) 3.0.
Kelas matematik pada hari ahad di tangguhkan disebabkan masalah teknikal digantikan pada hari Isnin 6.00 petang. Seperti biasa, setiap sesi diadakan selama sejam (1 jam) bagi kedua Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris yang merangkumi sesi ulang kaji dan cara menjawab soalan untuk melihat aras tahap pemahaman pelajar dari segi topik serta melatih pelajar menjawab soalan peperiksaan.
Bengkel SPM Percuma “Level Up” 2021 bagi subjek Matematik Tambahan dihadiri seramai 10 pelajar dari tingkatan 4 dan 5. Bengkel khas ini lebih memberi fokus kepada latih tubi intensif bagi pelajar yang mengambil subjek Matematik Tambahan SPM 2021.