
SESI KHAS BERSAMA YB SENATOR WAN AHMAD FAYHSAL,TIMBALAN MENTERI BELIA DAN SUKAN
PERKEMBANGAN PROGRAM MOTIVASI DI BAWAH KELOLAAN PERSATUAN HARIMAU ASIA
KELAS TAMBAHAN PERCUMA PT3 – MATEMATIK DAN SAINS (7 OGOS 2021)


Sesi Khas bersama YB Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia) diadakan pada pukul 1.30 tengah hari selepas perlaksanaan kelas tambahan subjek Matematik dan Sains Tingkatan 3 yang dikelola oleh Akademi Harimau Asia.
YB Senator juga sempat mengikuti perkembangan kelas tersebut serta meluangkan masa berinteraksi bersama pelajar-pelajar dengan memberi tips cara menjawab soalan dan berkongsi pengalaman dalam menghadapi peperiksaan PT3 yang akan datang. Sesi khas ini bertujuan untuk memberi motivasi kepada pelajar supaya akan terus berusaha untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan yang akan datang.
