PERKEMBANGAN PROGRAM MOTIVASI DI BAWAH KELOLAAN PERSATUAN HARIMAU ASIA
KELAS TAMBAHAN PERCUMA PT3 – MATEMATIK DAN SAINS
TINGKATAN 1 DAN 2 (5 OGOS – 8 OGOS 2021)


Penganjuran Kelas Tambahan KHAS Percuma PT3 pada minggu ini seperti biasa bagi memenuhi permintaan pelajar Tingkatan 3 bagi sesi mengulang kaji meningkatkan prestasi pembelajaran Sains dan Matematik PT3. Gambar menunjukan program dilaksanakan atas talian melalui Google Meet oleh pegawai Akademi Harimau Asia En. Marques Jeevon Menon sedang memberi penerangan berkaitan pembelajaran serta strategi menjawab soalan peperiksaan untuk persediaan pelajar yang terlibat dengan peperiksaan yang akan datang.
Mata pelajaran Matematik dan Sains diadakan selama sejam (1 jam) setiap sesi bagi kedua Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris yang merangkumi sesi ulang kaji dan latih tubi intensif untuk melihat aras tahap pemahaman pelajar dari segi topik serta melatih pelajar menjawab soalan peperiksaan.
Bagi sesi ini, kelas dihadiri seramai 32 pelajar bagi mata pelajaran Matematik dan Sains menggunakan platform Cemerlang.co dan masih dilaksanakan secara atas talian di mana sebarang aktiviti fizikal yang melibatkan perhimpunan masih tidak dibenarkan semasa Perintah Pergerakan Kawalan Malaysia (PKP) 3.0.




































